VIDEO seekor kucing dalam keadaan seksa menahan kesakitan selepas termakan racun dipercayai perbuatan individu tidak bertanggungjawab kini tersebar di laman sosial.
Menurut maklumat yang dikongsikan di Facebook Rusydi Cruz, haiwan jagaannya itu dipercayai telah dizalimi individu tertentu.
Dakwanya, itu merupakan kejadian kali kedua kucing peliharaannya diracun hingga mati.
“Mati lagi kucing aku kena racun..korang rasa ape yg patut aku buat dengan jiran sebelah rumah aku tu…dah lama sabar tapi makin sabar makin geram pulak aku ni,” tulisnya.
Di bawah, kami kongsikan video menyayat hati keadaan kucing yang bertarung nyawa selepas diracun.
Amaran: video ini boleh menganggu perasaan pencinta haiwan!!
Apakah agaknya kesalahan kucing tersebut sehingga tergamak bertindak kejam terhadapnya yang tidak berupaya melawan kudrat manusia.
Posting yang dimuatnaik oleh Rusydi pada petang kelmarin, menerima lebih 2,000 perkongsian dan puluhan komen yang rata-rata berang dan berharap kematian kucing itu mendapat pembelaan. – MYNEWSHUB.CC
January 18, 2016 at 11:49AM
from Oh My Media http://bit.ly/1JTKpvO
0 Response to "Zalimnya, Kucing Bertarung Nyawa Akibat Diracun"
Post a Comment