Saiful Tarik Balik Saman RM50 Juta Terhadap Anwar

KUALA LUMPUR: Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan(kena liwat) hari ini mengambil keputusan untuk menarik balik saman RM50 juta terhadap bekas majikannya itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu selepas peguam Saiful, Zamri Idrus memaklumkan kepadanya tetang niat anak guamnya itu, lapor The Star Online.

Dalam pada itu Latheefa Koya, peguam yang mewakili Anwar berkata hari ini sepatutnya ditetapkan sebagai hari untuk pengurusan kes itu.

Beliau berkata ketika mahkamah sedang berlangsung di kamar, Zambri memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya mahu menarik balik saman fitnah itu terhadap Anwar. 

"Tiada sebab diberikan bagi penarikan balik itu. Hakim kemudiannya membatalkan saman itu," katanya.

Sebelum ini Mohd Saiful dikatakan akan memberi keterangan pada 10 Ogos depan dalam samannya yang berjumlah RM50 juta terhadap Anwar berhubung insiden liwat tujuh tahun lepas.

Related Posts :

0 Response to "Saiful Tarik Balik Saman RM50 Juta Terhadap Anwar"

Post a Comment

Ads Banner

WARNING !!