Kisah Duka Gadis Kelainan Upaya Ini Dirogol Tiga Lelaki Di Flat 4 Tingkat

Di bawah flat 4 tingkat, penempatan perumahan rakyat, dia ditarik ke sebuah rumah kosong. Dia baŕu balik dari kedai, membeli makanan kucing. Dia jarang keluar rumah jika tidak ada apa apa keperluan. Ibu bapa bekerja. Ketika umur 15 tahun, pertengàhan tahun dia berhenti sekolah kerana masalah pembelajaran.

Gadis ini dikategorikan 'slow learner'. Minat belajar memang rendah kerana masalah kecerdasan otak yang rendah. Maka dia lebih banyak masa berada di rumah, berkemas kemas dan membantu emak buat kerja. Waktu emak ayah pergi kerja, dia melayan kucing.

Sampai di rumah kosong, lelaki itu memaksa dia membuka pakaian. Apabila dia melawan, lelaki itu memaksa membuka pakaiannya dengan kasar dan merogolnya. Jeritanya tidak dihiraukan oleh sesiapa pada hal rumah itu di kawasan flat perumahan rakyat. Waktu siang, kebanyakkan penghuni flat keluar bekerja. Selepas di rogol lelaki yang dikenali sebagai jiran, dia pulang ke rumah dalam keadaan trauma. Emak dan ayah belum sedar perubahan kepada si anak. Ini kerana mereka pulang malam, anak sudah tertidor.

Kejadian rogol tidak berakhir di situ. Esok harinya sekali lagi dia diheret ke rumah kosong pada waktu siang ketika emak ayah keluar bekerja dan dirogol oleh dua orang lagi rakan lelaki itu. Gambar setiap lelaki yang merogol gadis ini diambil. Lelaki ini mengungut sekiranya dia menceritakan kepada sesiapa pun, gambarnya akan diedarkan dan dipaparkan di fesbuk.

Gadis ini merasa takut. Walaupun akalnya separuh, dia masih ada malu dan maruah diri. Dia takut emak dan ayahnya malu. Maka dia mendiamkan diri. Lama kelamaan emak dan ayah baru tersedar melihat perubahan fizikal si anak. Anak itu menjadi pendiam dan tidak banyak cakap. Malas bangun pagi, kelihatan lesau dan tidak lagi membantu emak memasak.

Emak minta anak bercerita. Dalam takut takut, anak bercerita kejadian yang menyakitkan itu. Emak terus ke Balai Polis untuk membuat laporan polis. Dia di rujuk kepad pakar perbidanan dan sakit puan. Pakar perbidanan mendapati gadis ini telah mengandung 24 minggu. Tarikh jangkaan melahirkan anak pada bulan April.

Kasihan...lelaki bernafsu syaitan ini nafsu sampah. Gadis bawah umur dan kelainan upaya pun mahu disetubuhi. Sudahlah tidak bernikah. Asal jumpa rumah kosong, tidak berpenghuni dia jadikan port untuk melampiaskan nafsu sarakahnya. Atas lantai, kotor pun sanggup dia lakukan.

Emak ayah gadis ini akan berusaha untuk menuntut pembelaan. Akan selalu update untuk mengetahui peningkatan penyiasatwndengan pegawai penyiasat jenayah. Penjenayah Melakukan persetubuhan tanpa kerelaan, tanpa ikatan nikah, ke atas gadis bawah umur dan kelainan upaya . Harap harap kes ini dapat kita baca seterusnya di dalam akhbar. ( ini kisah benar berdasarkan report polis yang diserahkan kepada saya oleh pelatih baru.)

Bukan cerita rekaan.


January 18, 2016 at 05:59PM
from Oh My Media http://bit.ly/239L7eY

0 Response to "Kisah Duka Gadis Kelainan Upaya Ini Dirogol Tiga Lelaki Di Flat 4 Tingkat"

Post a Comment

Ads Banner

WARNING !!