Kenapa Terdapat Dua Cara Untuk Menjawab Panggilan Di Iphone Anda? Ini Sebabnya

Telefon bimbit keluaran Apple, Iphone memang sudah popular sejak dari keluaran model Iphone genarasi pertamanya pada tahun 2007.

Dikategorikan sebagai jenama premium, ramai pengguna dilihat sanggup berkorban mengikat perut bagi mengumput wang ringgit untuk membolehkan mereka memiliki Iphone idaman mereka.

Model Iphone generasi pertama

Model Iphone generasi pertama

Pengguna Iphone sering dilihat sebagai seorang yang simple tetapi elegan plus berduit kerana mampu untuk memiliki telefon bimbit yang dijual pada harga yang tinggi berbanding dengan model premium Android.

Walaupun sudah lama anda menggunakan Iphone sejak zaman 2G lagi, kami percaya, pastinya ramai pengguna Iphone tidak menyedari bahawa terdapat dua cara untuk anda menjawab panggilan yang diterima di Iphone anda.

Evolusi Iphone

Evolusi Iphone

Memetik laporan sebuah laman web di luar negara, alat peranti Iphone ini tidak membenarkan penggunanya untuk menjawab mana-mana panggilan yang diterima melainkan melalui dua cara ini:

Cara 1 - Slide to answer

Kenapa Terdapat Dua Cara Untuk Menjawab Panggilan Di Iphone Anda? Ini Sebabya2

Cara 2  - Decline or accept

Kenapa Terdapat Dua Cara Untuk Menjawab Panggilan Di Iphone Anda? Ini Sebabya3

Pelik bukan? Namun ianya bukanlah sebuah misteri yang tidak dapat dirungkaikan. Baca penjelasannya di bawah:

Cara 1 - Slide to answer digunakan apabila telefon anda dalam mod skrin berkunci di mana ianya berfungsi bagi mengelakkan sebarang panggilan yang masuk dijawab secara tidak sengaja terutamanya apabila telefon anda berada di dalam poket seluar ataupun beg tangan.

Cara 2 - Decline or accept digunakan apabila telefon anda bukan di dalam mod skrin berkunci seperti ketika anda sedang menggunakan telefon anda untuk tujuan lain.


January 18, 2016 at 01:26PM
from Oh My Media http://bit.ly/1n5TyHk

0 Response to "Kenapa Terdapat Dua Cara Untuk Menjawab Panggilan Di Iphone Anda? Ini Sebabnya"

Post a Comment

Ads Banner

WARNING !!