Bayi Lapan Bulan Maut Kemalangan Babit Enam Kenderaan

KLUANG: Bayi lelaki lapan bulan maut akibat kemalangan membabitkan sebuah lori dan lima kereta di Kilometer 55.8 Jalan Mersing-Batu Pahat, di sini, kira-kira 11.50 pagi, hari ini.


Bayi Lapan Bulan Maut Kemalangan Babit Enam Kenderaan
Bayi Lapan Bulan Maut Kemalangan Babit Enam Kenderaan
Mangsa, Nur Muhris Anas Anuar meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kluang akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, hasil siasatan awal mendapati lori tanpa muatan itu dalam perjalanan menghala ke Mersing.

Bagaimanapun lori itu merempuh belakang sebuah kereta jenis Toyota Vios sebelum memasuki arah bertentangan lalu melanggar kereta dinaiki mangsa jenis Honda City.

"Akibat pelanggaran itu lori berkenaan turut merempuh tiga kereta lain yang diletakkan di bahu jalan berhampiran sebuah kedai 'hardware'.

"Siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu lori berusia 33 tahun berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Sinar Harian

0 Response to "Bayi Lapan Bulan Maut Kemalangan Babit Enam Kenderaan"

Post a Comment

Ads Banner

WARNING !!